Selamat Datang ke Koleksi Kraftangan Lyza

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera saya ucapkan,


Disini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Walaupun blog ini tidak seberapa menarik tetapi saya berharap anda tertarik dengan produk-produk yang saya sediakan ini. Ini kerana produk-produk kami amat berpatutan dan harganya boleh dirunding semula.




Saya mengalu-alukan tempahan dari anda dan akan memberikan perkhimatan yang terbaik untuk anda. Dengan itu sebarang pertanyaan atau tempahan, sila hubungi saya untuk mendapatkan maklumat yang terperinci atau melawati tempat-tempat kraftangan yang menarik di Melaka ini. Salah satunya tempat kami ialah:-


alamat : Lot 25, Perkampungan Ikan Bakar,
77300 Merlimau,
Melaka.

e-mail : NorlizaJamain@gmail.com
or
liza.ladies@yahoo.com

Thursday 7 April 2011

Medan Ikan Bakar Terapung Umbai

Medan Ikan Bakar Terapung sekarang amat terkenal bagi penduduk tempatan dan juga pelancong yang datang bagi menikmati keindahan Negeri Melaka. Oleh itu, kami beranggapan Medan Ikan Bakar Terapung ini adalah salah satu tempat strategi untuk kami mempromosikan barang-barang kraftangan yang semakin di telan zaman.

            Secara tidak langsung, kami dapat membantu Persatuan Ibu Tunggal, Orang Kurang Upaya (OKU), Orang Asli dan juga KEMAS dari golongan bawahan dan pertengahan untuk menaikkan taraf hidup mereka dari kemiskinan. Ini kerana, kraftangan ini merupakan perniagaan orang melayu dahulu kala bagi mendapat sumber kewangan mereka. Oleh itu, sebagai masyarakat Malaysia kita perlu menyokong perniagaan kraftangan ini diperluaskan sehingga di antarabangsa kerana kraftangan ini dianggap sumber permata bagi Negara Malaysia dalam meningkatkan ekonomi negara.

            Sila berkunjung Medan Ikan Bakar Terapung untuk melihat keunikan barang-barang kraftangan dari orang melayu :-